Selamat datang ke Tadika Cahaya Didik

Terima Kasih kerana mengunjungi laman blog Tadika Cahaya Didik. Visi Kami ialah untuk "Mendidik dan Membimbing" anak anak supaya mereka lebih bersedia menghadapi alam persekolahan. Kami sedar bahawa Anak Anak ialah Pemimpin Generasi Masa Depan yang perlu di Bimbing dari Awal Lagi agar mereka boleh menjadi seorang yang BERJAYA.
Tadika Cahaya Didik di tubuhkan pada 2007 dan telah berjaya melahirkan ramai anak-anak yang boleh membaca dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Menggunakan Sistem Cahayaku, kami telah mengembangkan bukan saja IQ (Intelligent Quotient) tetapi juga EQ (Emotional Quotient) bagi anak anak.

EQ ialah Jatidiri Anak Anak yang perlu di bimbing dan di pupuk dengan baik. Ia akan mencorak masa depan anak anak dengan baik. Anak didik kami akan berubah menjadi seorang yang begitu aktif dan boleh berinteraksi dengan rakan rakan lain dengan baik.

Inilah yang sebenarnya diperlukan oleh anak anak bagi membina jati diri dan bersedia untuk alam persekolahan. Diselang seli dengan asas Matematik, Sains, Kerja-tangan, Penulisan, Aktiviti Kesihatan dan Luaran (Playground, Swimming Pool) , ianya cukup mengembirakan anak anak yang belajar di Tadika ini.

Sistem Cahayaku dan Cahayaku Paradigm menekankan 3 perkara:

a) Mimik Muka (Facial Expression)

b) Iqra (Sebutan)

c) Latih tubi (Practice Made Perfect)

Anak Anak boleh membaca semua suku-kata dengan lancar dan baik. Mereka tidak perlu menghafal abjad kerana dengan Sistem ini, mereka boleh mengenal huruf dengan semulajadi.

Anak Didik Tadika kami telah berjaya mencapai Top 10 di darjah Satu pada tahun 2009 di Sekolah Rendah Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang kerana mereka telah boleh membaca dengan lancar. Mereka dapat mengikuti silabus pembelajaran sekolah dengan baik.

Selepas mengikuti Sistem Cahayaku atau Cahayaku Paradigm selama 6 bulan, anak anak boleh membaca Akhbar dan Majalah dengan lancar.

Bagi anak anak yang berugama Islam, Tadika ini turut memberi bimbingan seperti Fardhu Ain, Bacaan Iqra dan beberapa pengajian asas.
Kami juga menyediakan khidmat:

a) Tadika (8:30 pagi hingga 12 tengahari)
b) Penjagaan Sepenuh Hari
c) Penjagaan Separuh Hari
d) Transit (bagi anak anak yang sudah memasuki alam persekolahan)
e) Intensif Cahayaku dan Cahayaku Paradigm

Kami juga menyediakan aktiviti lawatan sambil belajar untuk membuka minda anak anak dengan lebih luas lagi.

Tenaga Pengajar Kami adalah terlatih dengan mengikuti latihan intensif Cahayaku dan Cahayaku Paradigm yang secukupnya. Kaedah dan Teknik mengajar adalah berbeza dengan Tadika Lain dan hasilnya amat Efektif.

Dengan Yuran yang amat berpatutan (Value for Money), sudah tentu dapat memberikan kepuasan kepada ibu bapa dan anak anak.

Sila Hubungi Kami untuk mengetahui keterangan lanjut.

Terima Kasih

Puan Salina
Tadika Cahaya Didik
2, Lorong Perda Timur 12,
Bandar Perda, Bukit Mertajam,
Pulau Pinang

017 559 4965